PUTRAJAYA: Wisma Putra telah menyerahkan 24 senarai calon Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang telah diluluskan termasuk ke Indonesia kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk proses tapisan akhir, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Saifuddin berkata, kesemua calon bagi mengisi jawatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Duta Besar Malaysia itu terdiri daripada pegawai diplomatik yang berkhidmat dengan kerajaan dan bukan daripada kalangan ahli politik.
Senarai calon yang telah diserahkan kepada SPA itu bagaimana tidak termasuk pengisian jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, katanya.
"Insya-Allah akan umum tidak lama lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Himpunan Genta Rasa Jufitri Joha di Wisma Putra di sini hari ini dan setelah diminta mengulas mengenai perkembangan jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang kini masih kosong.
Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia sebelum ini disandang diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar.
Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, namun, nama beliau tiada dalam senarai penerima watikah pelantikan sebagai Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara pada majlis yang berlangsung di Istana Negara Julai lepas.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Wisma Putra secara proaktif akan menjalankan kempen advokasi kepada orang awam mengenai sindiket penipuan kerja di negara asing.
"Melalui kempen sedemikian, kita bukan sahaja dapat mendidik masyarakat mengenai penipuan kerja sebaliknya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia untuk mendapatkan peluang pekerjaan di luar negara melalui saluran yang betul serta dipercayai," katanya.
Pada 9 Sept lepas, Saifuddin dilaporkan berkata sehingga kini 118 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya diselamatkan daripada 148 kes yang dilaporkan. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Wisma Putra telah menyerahkan 24 senarai calon Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang telah diluluskan termasuk ke Indonesia kepada SPA untuk proses tapisan akhir, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Gambar BERNAMA
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
24 calon ketua perwakilan, duta dalam proses tapisan akhir SPA, tiada lantikan politik - Saifuddin
Semua calon duta terdiri daripada pegawai diplomatik dan bukan daripada kalangan ahli politik.